4 Apps Untuk Bantu Hasilkan Video Sepantas 5 minit!

 

Tahun 2018 merupakan tahun di mana anda sebagai peniaga online wajib menggunakan video dalam menjalankan marketing. Tak kisahlah di facebook, instagram atau mana-mana medium pengiklanan yang tersedia.

Nak tahu kenapa kena guna video? Cuba anda tengok iklan di TV, anda terpaksa dan dipaksa untuk tengok iklan setiap 15 minit atau kurang dari tu.

Bukan satu dua iklan pulak tu kan? Cuba anda bayangkan jika tayangan iklan tu sama sahaja penyampaiannya, bosan ke bosan? Samalah macam di facebook atau instagram. Dah jadi macam pasar, walhal tempat bersosial.

Anda perlukan cara baru untuk sampaikan iklan anda pada audiens supaya mereka tak rasa terganggu dan abaikan sahaja iklan tu.

Salah satu caranya ialah melalui video iklan. Ramai sifu marketing pun sarankan sebab boleh rendahkan kos iklan, naikkan CTR, dan segala macam istilah facebook ads analisis lah.

Upah orang buat video mahal tau! Ribu riban. Tak percaya? Cubalah survey di Fiverr atau Freelancer.

Baik anda baca dan buat sendiri sahaja.  Jom! Admin kongsikan beberapa apps yang boleh anda install di smartphone dan PC untuk anda hasilkan video yang gempak dan menjual!

 

Siapa lambat, tinggal!

 
1. DJI Go
 
Apps ini juga boleh kawal Drone! Kalau anda beli drone tak kisah lah mavic pro ke, phantom 3 ke phantom 4 ke asalkan jenama DJI, anda kawal drone guna smartphone daripada apps ni lah.
.
Jadi selepas anda rakam menggunakan ‘drone’, terus boleh edit video dengan pilih ‘theme’ yang di idamkan, dan lagu yang menarik dan rancak.
.
Anda hanya pilih sahaja nak lagu mana, video serta gambar. Transition video pun mengikut rentak lagu.
 
Kelemahannya
Bila kita dah produce video guna DJI Go ni, lagu yang dihasilkan itu agak pecah dan kurang jelas. Ini membuatkan mood anda ‘spoil’. Video dah menarik, lagu pulak pecah!
 
 
2. iMovie 
 
Apps untuk Pengguna Iphone6s dan keatas!  Apple melancarkan iMovie khas untuk yang nak edit video menggunakan ‘smartphone’. Ramai yang berpuas hati dan seronok katanya edit video menggunakan apps ini. Sebab nak edit video, cut video, tukar transition effect semua di hujung jari. 
 
Kelemahannya
Apps ini hanya ada di Iphone sahaja.
 
 
3. Quik
 
Quik Apps untuk Video Kamera Go Pro! Dengar apps ni macam tak popular kan? Tahu tak, ia apps paling digemari oleh pemilik Go Pro tau!
 
Apps ni admin nak review A+++ sebab ada banyak ‘theme’ yang kita boleh pilih, effect yang lain dari yang lain (ini kalau buat kat desktop kena pakai After Effect) , dan video pula ‘auto-cut’ ikut rentak music masing masing.
 
Video yang dihasilkan pula siap dengan Intro > Transition Effect > Outro. Dan semua ni gempak gempak tau! Video ni pun boleh pilih samada nak pilih landscape atau potrait dengan hasil HD.
 
 
4. Microsoft Powerpoint
 
Template Video guna Microsoft Powerpoint sahaja! Kalau betul betul nak cepat, nak buat video animation contoh nya yang lebih lain dari yang lain. 
 
Sebenarnya kita boleh manfaatkan software microsoft office powerpoint. serius! Anda tak tahu ada banyak animation dalam powerpoint yang boleh edit dgn mudah! kemudian boleh save as video .mp4.
 
Kelemahannya
Kita nak buat sendiri A-Z agak susah. Jadi gunakan sahaja template beli. Edit godek godek sikit, dah jadi!
 
 
Ps: Nak lagi mudah? Gunakan Template Video Master Effect PREMIUM Pack! Admin pun gunakan template ini sebelum ni untuk hasilkan video promo produk. Memang ternyata cepat dan sangat mudah! Yang paling best, nampak gempak habis!
 

Hanya replace, tukar gambar, tukar text. Kemudian, duplicate sahaja slide powerpoint tu dan replace gambar lain pulak. Dah dapat hasilnya!
 
Ada berpuluh-puluh koleksi template video boleh dapat. Memang syok dan recommended!
 
Jika anda juga berminat, boleh dapatkan template ini DISINI.
 
 
Kongsikan pada rakan lain, semoga bermanfaat!
Nak Info Menarik & Tips Lagi pada masa akan datang? Jom daftar di sini..
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Scroll to Top