Apa Itu Affiliate Marketing Dan Bagaimana Anda Boleh Buat Duit Dengannya?

 
Affiliate Marketing kini telah menjadi salah satu trend untuk buat duit secara online. Namun, ianya bukan lah skim cepat kaya, kerana ia memerlukan masa dan kesabaran untuk mendalami dan mengatur strategi pemasaran anda.
 
Jika di lihat harini, semakin ramai orang yang berminat untuk mempelajari bagaimana untuk menjadi affiliate marketer, kerana kebebasan dan peluang kewangan lumayan yang mampu diperoleh sesiapa saja.
 
 


Apa itu Affiliate Marketing?
 
Affiliate Marketing adalah satu kaedah mempromosikan produk atau servis secara online. Anda akan memperoleh rewards (komisen) untuk setiap tindakan yang di buat oleh pelanggan. Tindakan ini boleh jadi dalam bentuk pembelian atau lawatan ke website owner produk/servis tersebut.
 

Secara asasnya, affiliate marketing ini melibatkan 3 pihak, iaitu:

Vendor
 


Dalam affiliate marketing, owner atau vendor adalah syarikat atau organisasi yang mempunyai produk untuk di jual.

Ejen Affiliate


Ini adalah anda. Individu atau syarikat yang menjalankan promosi untuk produk dari owner/vendor tadi.

Pelanggan


Pelanggan nampak iklan yang ejen affiliate buat dan berminat dengan produk tersebut. Mereka bertindak dengan membeli atau lawati laman web vendor.

..

Vendor akan membayar komisen kepada ejen affiliate (anda) di atas promosi produk yang anda lakukan. Ada dua cara untuk anda dapatkan komisen. Pertama, dengan melakukan closing sales.

Manakala, cara kedua ialah dengan mengarahkan pelanggan melawati website owner melalui link yang ada padanya code affiliate anda dan seterusnya buat pembelian di sana.

..

Bagaimana Nak Jadi Ejen Affiliate?
 
Sebenarnya, untuk menjadi ejen affiliate ni mudah sahaja. Anda hanya perlu buat perkara-perkara berikut:
 
[1] Pilih satu program affiliate marketing. 
Kebetulan, sekarang kami ada offer affiliate program. Pendaftaran adalah percuma. Jika anda serius berminat untuk cuba menjana pendapatan sebagai ejen affiliate, boleh klik sini dan sertai kami! 
 
[2] Daftar masuk dalam program tersebut dan pilih produk untuk dipromosikan. Jangan lupa untuk pilih payment method dan isikan maklumat bank anda, untuk memudahkan urusan pembayaran komisen nanti.
 
[3] Dapatkan link yang mengandungi code komisen affiliate anda.
 
[4] Vendor akan menggunakan link  affiliate anda tadi untuk mengesan jualan yang terhasil dan membayar komisen anda.
 
 
Ada banyak sebenarnya kaedah dan strategi berkesan yang boleh anda sebagai ejen affiliate gunakan, bagi tujuan mempromosikan produk affiliate ni. Untuk memudahkan anda memahami dengan lebih terperinci, boleh dapatkan panduan dengan percuma DI SINI.
 
 
..
 
Apa Kelebihan Jadi Ejen Affiliate?
 
Sebenarnya, setiap bisnes ada kelebihan masing-masing. Namun untuk bisnes affiliate ni, kelebihan utamanya adalah:
 
(1) Anda tak perlu ada modal yang besar untuk bermula. Sebabnya, anda tak perlu keluarkan pelaburan untuk hasilkan produk sendiri untuk di jual, yang mana belum tentu laku dan beri untung.
 
(2) Sebagai ejen affiliate, anda boleh cipta steady flow income (pendapatan pasif), tak perlu hadap handphone 24 jam sehari, 7 hari seminggu untuk dapatkan jualan. 
 
(3) Anda tak perlu jual apa-apa pun sebenarnya. Tugas anda hanyalah sediakan konten yang bagus dan menarik (artikel, blog, fb status, ig story, etc), serta review produk affiliate tersebut berdasarkan pengalaman anda sendiri agar nampak lebih realistik.


 
 
 
 
Di awal penglibatan anda sebagai ejen affiliate, memang anda perlu korbankan sedikit masa dan berusaha keras untuk mempromosikan tawaran yang berkaitan dan juga melayani bakal pelanggan anda.
 
Namun, bila anda dah ada pengikut atau follower yang ramai, di tambah pula dengan sistem dan strategi pemasaran yang betul, anda akan mula rasai nikmatnya ada pendapatan secara pasif dan kebebasan masa dalam berbisnes.
 
Anda Takkan Tahu Selagi Anda Tak Mencubanya Sendiri! Semoga bermanfaat dan all the best! 😘
 
Nak Info Menarik & Tips Lagi pada masa akan datang? Jom daftar di sini..
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Scroll to Top