fbpx

Ketahui 10 Sebab Kenapa Anda Patut Mula Gunakan Email Marketing Untuk Tahun 2019

Harini, kebanyakan marketer terlalu fokus dan letakkan banyak effort pada chatbot, Intagram influencers, dan pelbagai lagi kaedah dan peluang baru untuk dapatkan pelanggan bagi produk mereka.
 
Tapi tanpa anda sedari yang ada kaedah lama yang masih lagi berkesan dan sebenarnya jauh lebih efektif untuk di gunakan dalam penyampaian mesej kepada pelanggan anda, iaitu email.
 
Anda mungkin tertanya-tanya adakah berbaloi menggunakan email sebagai salah satu strategi pemasaran anda. Sebenarnya, email boleh menghasilkan RM38 untuk setiap RM1 yang anda laburkan, dengan return of investment (ROI) mengagumkan iaitu 3,800%, menjadikan ia salah satu kaedah pemasaran yang paling efektif masa kini (hubspot.com, 2019).
 
Jika anda masih ragu, teruskan bacaan, kami telah menyenaraikan beberapa statistik tentang email marketing. Ini bagi membuktikan yang email adalah alat pemasaran yang sememangnya powerful.
Statistik Email Marketing

[1] 93% daripada B2B marketers menggunakan email untuk menyebarkan konten (Content Marketing Institute, 2017).

[2] Pengaktifan akaun email dijangka mencecah 5.6 billion dalam tahun 2019 (Statista, 2018).

[3] 83% syarikat B2B menggunakan email newsletter dalam sebahagian daripada program konten merketing mereka (Imaginepub.com, 2017)

[4] 40% B2B marketer menyatakan bahawa email newsletter adalah penyumbang utama kepada kejayaan konten marketing mereka (Content Marketing Institute, 2017).

[5] 46% email di buka oleh pengguna telefon pintar mudah alih (Litmus.com, 2018).

[6] 35% dari golongan profesional membuka email menggunakan mobile device (Convince & Convert, 2018).

[7] 99% daripada pengguna akan check email mereka setiap hari (DMA Insights, 2017).

[8] 80% daripada profesional perniagaan percaya bahawa email marketing meningkatkan jumlah pelanggan tetap (Emarsys, 2018).

[9] 59% dari responden mengatakan email marketing mempengaruhi keputusan mereka untuk membuat pembelian (SaleCycle, 2018).

[10] Lebih dari 59% marketer menyatakan email adalah sumber ROI terbesar mereka (Emma, 2018).

Jika di lihat pada kesemua fakta di atas, adalah menjadi satu kerugian jika anda masih lagi tidak cuba menguasai kaedah email marketing ni untuk menempuh cabaran bisnes 2019 dan tahun-tahun berikutnya.
 
Tapi nak buat duit bukan semudah tulis email kemudian send sahaja. Ada seni yang anda perlu pelajari, contohnya, bagaimana nak tulis email yang menyentuh emosi pembaca, bagaimana nak hantar email yang buat penerima tak sabar untuk buka dan baca, bagaimana nak dapatkan idea untuk konten email anda, bagaimana untuk hasilkan email yang tidak menjual tetapi dirindui oleh prospek dan sebagainya.
 
Disebabkan itu, kami nak rekomenkan kepada anda satu panduan email marketing yang memang sesuai untuk peniaga di Malaysia ni, kerana ianya dalam bahasa melayu, mudah untuk anda faham. Harganya pun mampu milik dan mesra newbie. Boleh tekan butang di bawah untuk info lengkap.
Nak Info Menarik & Tips Lagi pada masa akan datang? Jom daftar di sini..
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Scroll to Top