fbpx

Ketahui 3 Lokasi Pembekal Yang Menawarkan Produk Jualan Dengan Harga Terendah Untuk Pasaran Malaysia

Artikel kali ini khas untuk anda yang plan nak buat bisnes tapi tak tahu di mana nak dapatkan supplier, dan juga untuk mereka yang dah ada bisnes, tapi mencari pembekal yang mampu berikan harga yang jauh lebih murah untuk lipat gandakan keuntungan.

Semua orang tahu yang pembekal barangan terbesar dunia adalah negara China. Jika dulu, peniaga harus ke sana untuk dapatkan barangan jualan demi meraih keuntungan yang lebih. 

Namun, kaedah ini tidak sesuai buat peniaga kecil-kecilan kerana perlu menanggung kos yang  tinggi untuk penerbangan, penginapan, pengangkutan, makanan dan sebagainya.
 
Walaubagaimanapun, anda kini tidak perlu risau kerana dengan teknologi sekarang, anda boleh memborong secara online dari rumah sahaja. Pesanan anda akan di hantar terus ke pintu rumah anda, direct dari China.
 
Ada 3 lokasi kedai borong online China yang anda boleh terokai, iaitu Taobao, 1688 dan WeChat.
 
Taobao, 1688 dan WeChat ini mensasarkan perkhidmatan mereka kepada pasaran yang berbeza. Nak tahu ape beza ketiga – tiga kaedah borongan China ni dan yang mana satu sesuai untuk anda? Jom teruskan bacaan anda sampai bawah. Baca sampai habis tau! Sebab ada sesuatu yang istimewa menanti anda! 😍
 
 
Taobao
 
Taobao, secara ringkasnya fokus kepada pasaran B2C (business to consumer, penjual kepada pengguna), dan juga C2C (consumer to consumer, pengguna kepada pengguna).
 
Kebanyakkan penjual di sana menjual produk dalam satu-satu unit, ataupun dalam unit yang kecil. 
 
Harganya kadang-kadang agak mahal sedikit, sebab jual runcit. Tapi masih murah jika anda bandingkan dengan harga barangan tersebut di Malaysia, walaupun perlu tanggung kos postage dari China. Berbaloi kan?
 
Selain itu, proses memborong di Taobao lebih straightforward dan simple sedikit, kerana anda ada opsyen untuk menggunakan Taobao Cargo untuk memborong secara direct, dan tak perlu guna agent atau yang lain.
 
Oleh itu, jika anda merupakan pemborong kecil-kecilan dan tidak punya modal yang besar, dan tak nak sistem memborong yang pening dan sukar difahami, maka Taobao adalah tempat yang sesuai. 
 
Untuk yang baru start nak borong-borong ni, kami memang suggest mula dengan Taobao dahulu. Belajar cara dan kaedah cari barangan yang termurah dan cari supplier terpecaya di Taobao. Kalau tak nanti, tak pasal pasal barang tak sampai atau sampai, tapi tak cukup kuantiti atau kena tahan di kastam. Rugi rugi.
 
 
 
1688
 
 
1688 pula lebih fokus kepada B2B (business to business, pemborong kepada peruncit), atau M2B (manufacturer to business, pengilang kepada pemborong).
 
Anda mungkin tertanya-tanya, apa bezanya 1688 ni dengan Alibaba kalau 1688 ni pun ada pengilang kepada pemborong? 
 
Okey baiklah,
Alibaba lebih fokus kepada pemborong antarabangsa, manakala 1688 ini pula fokus kepada pemborong tempatan sahaja.
 
Urusniaganya dalam RMB China, maka biasanya ia lebih murah dari Alibaba.
 
Penjual di 1688 ini tidak berurusan dengan pembeli antarabangsa, jadi untuk memborong dari 1688, anda akan perlu menggunakan agent atau virtual warehouse untuk membantu mengurus pembelian anda.
 
Tetapi kerana harganya yang lebih ‘mesra pemborong’ (beli banyak dapat murah), maka ramai sanggup juga redah masalah ni.
 
Jadi jika anda dah start borong dalam jumlah lebih besar, maka anda boleh consider memborong dari 1688!
 
Kami nak kongsikan pada anda satu trick memborong di 1688 ni. Trick ni memang kami sendiri guna pakai sampai ke harini.
 
Anda buat selaman (cari barang) di website 1688 ni pada waktu lewat malam, lingkungan 12 malam ke atas. Ini kerana, penjual di 1688 ni akan buat potongan harga kaw kaw pada waktu ni. Tak percaya? Nanti cuba ya! 😊
 
 
 
WeChat
Penjual di Taobao dan 1688 ini biasanya tak di benarkan untuk menjual ‘rejected goods’, kerana ia melanggar hakcipta. Semua yang di jual adalah barangan branded original sahaja.
 
Jadi kalau anda cuba cari barang-barang reject ni di dua website tersebut, memang anda tak akan jumpa sampai ke sudah.
 
Tetapi, masih ada caranya untuk anda. Ini kerana ramai seller di WeChat menjual produk-produk sedemikian.
 
Kasut, beg, baju, tali pinggang, semuanya lah yang jenis copy ori atau gred, ada dijual di WeChat. Bukan yang biasa biasa, tapi yang ada jenama.
 
Jadi WeChat adalah ‘lubuk’ kepada anda jika anda nak mencari produk sedemikian dan memborongnya online dari China.
 
Isunya adalah membeli dari Wechat ini agak rumit kerana anda perlu mengurus isu-isu yang teknikal seperti Wechat pay account China, virtual warehouse dan lain lain.
 
Namun, jika anda belajar cara memborong ni, anda akan jumpa cara mudah sebenarnya. Deal di WeChat dan buat sahaja belian melalui Taobao. Mudah, cepat dan murah.
 
 
MANA SATU SESUAI DENGAN ANDA?
Jika anda tanya kami kaedah mana satu yang sesuai dengan anda, jawapannya ada pada kehendak anda, tepuk dada tanya selera.
 
Nasihat kami, jika anda beginners, dan baru nak ‘acah-acah’ masuk dunia borong online, mulakan dengan memborong di Taobao.
 
Jika anda dah advanced atau dah biasa memborong di Taobao, nak explore lubuk lain pula, dan nak borong lebih banyak, maka 1688 adalah tempat untuk anda.
 
Jika anda nak cari dan dapatkan barang ‘branded tapi murah’ atau barang reject adalah pilihan hati anda, maka WeChat adalah tempatnya. 🙂
 
.
.
 
Kalau anda masih tak tahu atau tak pernah ada pengalaman memborong direct China dari ketiga – tiga tempat di atas pula, kami amat sarankan anda untuk sertai satu program di bawah kelolaan tuan Afiq Arbae ni. 
 
Program ni dah bantu ramai usahawan dan bakal usahawan dapatkan barangan jualan terus dari China secara online sahaja. 
 
Jika anda berminat, boleh klik butang di bawah untuk tahu lebih lanjut tentang program borong china ni. 
 
Nak Info Menarik & Tips Lagi pada masa akan datang? Jom daftar di sini..
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Scroll to Top