Cara Buat Messenger Ads Yang Convert Dengan Bantuan Chatbot

 
Chatbot di Facebook Messenger adalah satu tool yang power yang mana boleh membantu anda dalam memacu jualan, meningkatkan conversions, dan mendapatkan leads yang berkualiti.
 
Chatbot merupakan satu cara marketing terkini yang lebih efektif dan juga menarik. Ianya mampu membuatkan prospek anda untuk lebih mudah engage dan kenali produk/servis anda.
 
Oleh itu, lebih ramai prospek yang anda dapat bawa untuk engage dengan Chatbot anda, lebih banyak hasil yang bisnes anda akan nikmati.
 
Selepas baca intro di atas, kami tahu anda pasti tertanya-tanya:
 
Bagaimana anda boleh tarik lebih ramai bakal pelanggan ke Chatbot anda? Apakah cara terbaik untuk dapatkan lebih ramai prospek untuk memulakan perbualan dengan chatbot bagi bisnes anda?
 
Rahsianya terletak pada iklan Facebook Messenger. Anda harus tahu tentang bagaimana cara untuk memanfaatkan Chatbot dan Facebook Ads untuk boost jualan bisnes anda.
 
Iklan Facebook Messenger Tu Apa?
 
Ringkasnya, ia adalah iklan Facebook yang sama ada ditunjukkan di dalam atau mengarahkan pengguna kepada Messenger, platform sembang Facebook.
 
Terdapat dalam 3 jenis, tetapi objektif ketiga-tiganya adalah sama: Dapatkan lebih banyak pengguna untuk memulakan perbualan dengan perniagaan anda melalui chatbot Messenger anda.
 
Kenapa Iklan Facebook Messenger Sangat Efektif
 
Facebook Messenger adalah tempat di mana orang berkomunikasi terutamanya dengan keluarga dan rakan-rakan. Ia adalah ruang yang lebih privacy, di mana pengguna gemar mengadakan perbincangan yang di anggap penting kepada mereka.
 
Itulah sebabnya, menawarkan mereka peluang untuk berinteraksi dengan Chatbot anda yang friendly dan helpful di ruangan Fb Messenger ini, mampu membawa pulangan yang tinggi kepada bisnes anda.
 
Pengguna lebih cenderung untuk membaca dan mengambil tindakan terhadap kandungan yang anda hantar pada platform ini daripada melalui medium lain seperti e-mel.
 
Lagipun, mesej Messenger menunjukkan open rate 80% dan CTR 10 kali lebih tinggi daripada e-mel.
 
Ini menunjukkan anda harus berusaha keras untuk membawa lebih ramai prospek ke dalam Messenger serta engage dengan Chatbot anda, dan iklan Messenger adalah cara terbaik untuk tujuan ini.
 
Cipta jalan mudah bagi prospek untuk sampai ke Chatbot anda – sama ada dengan beriklan di dalam Messenger atau iklan yang mengarahkan mereka untuk ke sana – dan perniagaan anda akan meraih ganjaran.
 
3 Jenis Iklan Facebook Messenger
 
Boleh di katakan hampir semua dari mana-mana jenis perniagaan yang menjual produk atau perkhidmatan dalam talian boleh mendapat manfaat daripada chatbot, dan keupayaan chatbot dalam membantu jualan anda dapat ditingkatkan secara drastik dengan iklan Facebook Messenger.
 
Untuk merancang strategi anda, penting untuk anda fahami dulu 3 jenis iklan Messenger yang tersedia untuk bisnes anda.
 

#1Click-to-Messenger ads. juga dikenali sebagai destination ads. Iklan Click To Messenger adalah : Iklan Facebook dengan butang Call To Action (CTA), apabila di klik, akan membawa prospek ke perbualan dengan Chatbot anda dalam Messenger.

Membawa prospek dari iklan kepada perbualan dengan Chatbot di Messenger (berbanding statik landing page) adalah cara yang jauh lebih berkesan untuk anda dapatkan prospek yang berkualiti dan menukarkan mereka kepada pembeli.
 
Untuk membuat iklan Click-To-Messenger di Facebook Ads Manager, anda hanya perlu pilih objektif “Messages”, dan tetapkan message destination kepada Click To Messenger.
 

#2. Sponsored messages. Dengan menggunakan Chatbot, ianya adalah Percuma untuk anda menghantar mesej promosi anda kepada sesiapa yang telah engage dengan Chatbot anda dalam masa 24 jam lepas.

Walaubagaimanapun, sekiranya anda menggunakan Sponsored Message, syarat untuk anda follow up prospek anda menjadi lebih fleksibel.
 
Sponsored Message ni membolehkan anda menghantar mesej promosi kepada prospek yang telah engage dengan Chatbot anda pada bila-bila masa sahaja, selagi mereka tidak unsubscribed.
 
Jenis iklan Messenger ini sangat kuat, kerana mesej anda akan muncul di inbox prospek sekaligus dengan mesej dari kenalan mereka.
 
Jadi, bila mereka buka messenger untuk membaca mesej daripada rakan atau keluarga mereka, kebarangkalian untuk mereka membaca dan respon pada mesej anda adalah sangat tinggi.
 
Anda boleh ikuti panduan step by step Facebook untuk menyediakan iklan Messenger jenis ini. Perhatikan, mesej anda akan dihantar kepada semua prospek yang pernah mesej page anda melalui Messenger.
 
Jika anda mahu target hanya kumpulan pengguna tertentu berdasarkan faktor seperti lokasi, demografi, atau minat, anda boleh melakukannya dalam Advanced Option di bawah Audience dalam Facebook Ads Manager.
 

#3. Messenger home placement. Jenis iklan Facebook Messenger yang ketiga ini adalah yang paling mudah untuk dilaksanakan. 

Jika anda sudah menjalankan iklan Facebook, anda boleh menggunakan ads creative dan targeting yang sama untuk jenis iklan ini – anda hanya perlu memilih placement Messenger – Home.

Ini bermakna iklan anda akan muncul di antara mesej-mesej yang ada dalam peti masuk prospek. Apabila prospek klik pada iklan anda, mereka akan diarahkan terus kepada perbualan dengan Chatbot anda, hanya dengan satu klik.
 
Iklan dalam Messenger ini adalah salah satu cara yang berkesan untuk memperkenalkan bisnes anda dalam ruang di mana prospek anda selalu lepak. 
 
Anda masih tidak mempunyai Chatbot Messenger untuk bisnes anda lagi? Kami boleh bantu anda! Setup sendiri Chatbot di Facebook Page bisnes anda harini. Anda tidak perlu mempunyai kemahiran IT yang bagus pun untuk setup Chatbot dengan berpandukan pakej video tutorial yang mudah dan padat ni.
Nak Info Menarik & Tips Lagi pada masa akan datang? Jom daftar di sini..
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Scroll to Top