Tukar Subscriber Chatbot Anda Kepada Pembeli Dengan Hanya Satu Klik Sahaja!

 

Kami harap anda telah pun mengetahui cara untuk grow audience atau subscriber Chatbot anda sebelum anda baca artikel ini selanjutnya. Jika belum, jemput baca dulu artikel tentangnya DISINI.

Baiklah..Jom kita teruskan.

Sebaik sahaja prospek masuk ke inbox page dan berinteraksi dengan Chatbot anda (subscriber), anda akan dapat menghubungi mereka sekali lagi pada masa akan datang untuk buat follow up, promosi dan sebagainya.

Kebiasaannya, mesej pertama yang mereka terima dari Chatbot anda tidak semestinya akan terus menghasilkan jualan. Jadi, anda perlu memanfaatkan sepenuhnya subscriber Chatbot anda ini dengan membuat follow up berterusan tentang produk/servis anda.
 
Terdapat dua kaedah utama untuk follow up pelanggan anda dengan menggunakan Chatbot:
 

#1- Braodcast. Broadcast adalah mesej yang boleh di hantar oleh Chatbot anda kepada senarai subscriber anda secara serentak sekaligus.

Selagi anda mengikut terma dan syarat Facebook, Broadcast adalah cara yang sangat berkesan untuk menukar prospek menjadi pelanggan dengan menggunakan Chatbot. 
 
Gunakannya untuk menghantar kuiz, artikel, hebahan tentang pelancaran produk, promosi pemberian kupon, dan banyak lagi. Apa sahaja yang mampu membuatkan prospek anda rasa teruja dan menarik.
 
Broadcast boleh membina kepercayaan prospek terhadap bisnes anda. Berkongsi lebih banyak dan kerap mengenai produk atau perkhidmatan anda, secara langsung atau tidak langsung akan menggalakkan jualan.
 
Namun, anda perlu berhati-hati kerana menghantar mesej yang bersifat menjual setiap masa, boleh menyebabkan prospek anda meluat dan terus unsubscribe. Jadi, gunakan lah mesej Broadcast secara bijak.
 
#2 – Sequences. Sequences adalah set mesej kepada pelanggan atau prospek yang boleh dijadualkan dan dihantar pada masa tertentu. Sebagai contoh, anda boleh set kan Chatbot anda untuk menghantar kod kupon pada hari pertama, mesej susulan di hantar jika prospek tidak menggunakannya pada hari ketiga, dan peringatan “peluang terakhir” jika mereka masih belum menggunakannya pada hari kelima.
 
 
Pastikan setiap kali anda menghantar sebarang mesej kepada subscriber Chatbot anda, penting untuk anda letakkan pilihan untuk mereka unsubscribed.
 
Walaupun mesej Chatbot anda seeingkali memberikan konten yang bagus dan berguna buat prospek, tidak dapat dielakkan bahawa sesetengah orang tidak mahu terus menerima mesej dari anda.
 
Dengan itu, pilihan untuk unsubscribed menunjukkan bahawa anda menghormati prospek dan mengutamakan mereka, serta membuktikan yang niat anda bukannya untuk spam mereka.
 
Start majukan bisnes anda dengan Chatbot harini
 
Chatbot mempunyai potensi besar untuk memberi kesan positif kepada bisnes anda. Tambah pula sekarang ni anda sudah tahu cara untuk grow subscriber anda melalui Facebook Messenger.
 
Sebenarnya ada platform percuma untuk anda mula membina Chatbot anda dan anda boleh setup sendiri dengan mudah.
 
Jika anda berminat untuk belajar setup Chatbot menggunakan platform percuma ni dan ingin mempercepatkan hasil anda, dapatkan panduan lengkap step by step cara setup Chatbot ni daripada kami! Panduan ini di sediakan dalam bentuk video tutorial, mudah untuk anda faham dan follow.
 
Nak Info Menarik & Tips Lagi pada masa akan datang? Jom daftar di sini..
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Scroll to Top