fbpx

Cara Mendaftarkan Perniagaan Di SSM 2019

Sudahkan anda mendaftarkan perniagaan anda di SSM? Untuk anda yang belum membuat pendaftaran, kami harap perkongsian kami ini sedikit sebanyak dapat membantu memudahkan urusan anda bila ingin mendaftar nanti.

Sebenarnya, banyak kelebihannya jika anda mendaftarkan perniagaan anda, walaupun anda buat bisnes dropship. Antaranya, ia menunjukkan kesungguhan anda dalam menjalankan perniagaan, sekaligus membina trust pelanggan kepada perniagaan anda.

Lagipun, nak buat pendaftaran syarikat ni tak lah renyah mana pun. Dalam masa satu jam sahaja, anda dah boleh dapatkan sijil pendaftaran syarikat anda. Tambah pula sekarang, anda tak perlu beratur di kaunter SSM pun untuk dapatkan borang dan isi secara manual.

Anda hanya perlu hadir ke SSM dan buat pendaftaran ID secara online melalui sistem ezbiz dan thumb print. Jangan risau, biasanya pihak SSM telah sediakan seorang staff untuk bantu anda. Tapi, sebelum itu, kami nasihatkan anda untuk reka siap-siap username (5 hingga 14 karakter) dan password. Jadi, tak lah anda kelam kabut untuk berikannya bila di minta oleh staff SSM tu nanti.

Maklumat yang di perlukan untuk pendaftaran ID anda melalui ezbiz

Selepas itu, barulah anda akan di bawa ke kaunter untuk pendaftaran nama syarikat dan buat bayaran. Jumlah bayaran yang dikenakan adalah berdasarkan jenis nama yang anda pilih seperti berikut:

  • Personal Name = RM30.00 per year
  • Trade Name = RM60.00 per year

Tapi, anda akan di kenakan caj RM10.00 lagi untuk bisnes info. Contohnya, anda memilih untuk menggunakan trade name, jadi anda perlu membuat bayaran sebanyak RM70.00 untuk setahun. Namun, jika anda memilih untuk mendaftar bagi tempoh 2 tahun terus, bayarannya ialah RM130.00 sahaja.

Baiklah, sekarang kita sentuh berkaitan pemilihan nama syarikat pula. Anda tidak boleh untuk sewenangnya meletakkan nama, pihak SSM juga telah menggariskan panduan untuk anda. Klik pautan di bawah untuk lihat garis panduan penetapan nama syarikat yang telah di buat oleh SSM.

>> GARIS PANDUAN PENDAFTARAN NAMA PERNIAGAAN  

Berdasarkan pengalaman kami semasa membuat pendaftaran syarikat, anda tidak boleh meletakkan nama orang lain selain nama yang tertera di IC. Contohnya, nama di IC ialah Noor Naimah, tapi nama yang nak di daftarkan adalah nama anak seperti UMYRA resources, ianya tidak dibenarkan sama sekali. Melainkan ianya adalah singkatan atau gabungan dari nama anda dan nama mereka. Sebagai contoh, gabungan Noor Naimah dan Umyra menjadi NNU Resources.

 
CARA MEMILIH NAMA SYARIKAT YANG MENARIK DAN UNIK

Satu perkara yang bakal anda hadapi apabila nak daftarkan syarikat ialah pening memikirkan: macam mana nak pilih nama yang menarik, sedap di sebut dan mudah di ingat oleh orang ya? Jangan risau, kami pun pernah menghadapi masalah yang sama. Jadi, di sini kami senaraikan lah beberapa tips yang kami guna untuk anda jadikan rujukan dan panduan.

1. RELEVAN

Cari nama yang mempunyai kaitan dengan perniagaan anda. Ramai yang memilih nama yang mewakilkan bidang atau tujuan perniagaan mereka. Selain membuatkan pengguna lebih mudah mengingati bidang perusahaan tersebut, anda juga tak perlu menerangkan dengan panajang lebar tentang perniagaan yang dijalankan. Sebagai contoh, Malaysia Airlines, Tasty Frozen Food dan sebagainya.

2. CATCHY

Anda juga boleh memilih nama yang dapat menarik perhatian para pengguna apabila mendengarnya. Pilih nama yang senang disebut dan sedap didengar. Jenama boleh menjadi buah mulut kerana keunikan namanya. Contohnya, Yahoo! Google dan Waze. Kreatif dalam memberi nama jenama mengikut naluri anda dan pastikan pengguna juga akan menyukainya.

3. NAMA SENDIRI

Selalunya ‘nama membawa tuah’. Jadi, jangan malu untuk menggunakan nama sendiri untuk perniagaan anda. Ini juga soal personal branding. Anda juga boleh menggunakan akronim yang lebih mudah diingati. Sebagai contoh, Hewlett-Packard adalah nama panjang HP.

4. PENDEK DAN SIMPLE

Jangan pilih nama yang terlalu panjang, apatah lagi yang susah disebut. Anda boleh mencipta nama yang unik, tetapi tidak terlalu abstrak. Ini kerana nama abstrak mungkin menyebabkan reaksi kurang baik. Pastikan pengguna tidak perlu banyak berfikir untuk boleh menyebut atau mengingatnya.

Setelah memilih nama yang tepat untuk produk anda, jangan lupa cari nama tersebut dalam mesin carian. Pastikan anda tidak menggunakan nama yang sudah digunakan orang lain. Ini penting bagi memastikan anda tidak terjerumus dalam masalah hak cipta atau serupanya. Caranya mudah sahaja:

  1. Kunjungi www.ssm-einfo.my
  2. Klik ikon “Register as e-Account Member!
  3. Isikan “e-Registration Form“, dan tekan submit
  4. Anda akan menerima pesanan “Please login now
  5. Login dengan Nama Pengguna (username) & Kata Laluan (password)
  6. Selepas login, tekan ikon “>> Search
  7. Sila masukkan nama syarikat yang diingini dalam “By Name
  8. SIAP! Keputusan Carian Nama daripada Sistem SSM akan disiapsedia dalam beberapa saat sahaja!

Itu sahaja perkongsian kami kali ini. Insha Allah, dalam artikel akan datang, kami akan kongsikan pula cara untuk buka akaun bank syarikat dengan Maybank.

Nak Info Menarik & Tips Lagi pada masa akan datang? Jom daftar di sini..
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Scroll to Top