fbpx
10 Sebab Perlu Guna Chatbot

10 Sebab Kenapa Bisnes Anda Perlukan Chatbot Untuk Tarik Lebih Ramai Pelanggan Dan Gandakan Sales Online Setiap Bulan

Apa pendapat anda jika kami kata, dalam tempoh tak sampai satu hari pun, anda boleh setup satu sistem yang power untuk bisnes anda, yang mana sistem ini boleh bantu mengurangkan kos, meningkatkan jualan dan kualiti khidmat pelanggan bagi bisnes anda?

Selamat datang ke dunia Chatbot Messenger! Jika anda belum pernah dengar tentangnya sebelum ini, Chatbot adalah satu software yang dapat berinteraksi dengan pelanggan atau prospek dalam cara perbualan melalui Facebook messenger. Anda boleh persiapkan Chatbot anda untuk menjawab soalan khusus atau membuat tindakan tertentu berdasarkan permintaan pelanggan atau prospek anda kepadanya. 

Chatbot ini akan bertindak sebagai pembantu alam maya anda yang mesra, membantu dan melayan pelanggan anda 24 jam sehari tanpa henti. Jangan risau, pelanggan anda akan tetap rasa seronok dan menyenangkan bila berinteraksi sebab cara Chatbot ni menawarkan bantuan dan memberikan maklumat seolah-olah mereka sedang di layan oleh manusia: (Hantar mesej satu persatu, sama macam anda buat closing kat whatsapp tu jugak..)

Interaksi dengan Chatbot sama jer macam chatting di Messenger dengan manusia.

google Ads banner chatbot 3
Klik Sini Untuk Info Lanjut >>

Nampak macam best kan? Adakah anda perlu upah developer untuk setup sistem chatbot ni untuk anda? Tak perlu! Dengan memilih platform yang betul, Chatfuel sebagai contoh, anda tak perlu tahu coding pun. Ianya telah di sediakan, tugas anda hanya lah menyusun flow skrip jualan yang Chatbot anda perlu berikan dan apa respon yang anda nak pelanggan anda berikan nanti.

Jadi sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai apa yang boleh di lakukan oleh Chatbot untuk bisnes anda, kena lah baca habis sampai bawah. Kami telah mengumpulkan senarai 10 sebab mengapa anda harus mempertimbangkan untuk mula setup Messenger Chatbot ni harini!

 
Dengan Messenger Chatbot ni, anda boleh:

1. Memperolehi database daripada mereka yang telah berinteraksi dengan Chatbot. Sekiranya anda sudah mempunyai ramai prospek dan pelanggan yang mesej Facebook page bisnes anda, sangatlah rugi jika anda tidak mengumpulkan data mereka bagi kegunaan akan datang. Sebagai contoh, untuk buat kempen retargeting mahupun remarketing. 

Tapi, bila anda setup Chatbot, walaupun anda belum lagi berikan apa-apa maklumat dan bantuan kepada prospek, sistem akan terus capture data mereka secara automatik. Dengan ini, anda akan dapat membina senarai potential customer untuk bisnes anda dengan mudah, dan anda akan dapat menghantar mesej lagi kepada mereka pada masa akan datang.

2. Berikan respon segera kepada pelanggan anda. Anda boleh setup chatbot anda untuk memberikan jawapan yang sesuai bagi soalan umum. Sebagai contoh, anda setup chatbot untuk menghantar senarai Frequently Ask Questions (FAQ) secara automatik kepada pelanggan. Ini akan membawa tanggapan yang bagus dari pelanggan, kerana anda telah memberikan mereka maklumat yang di inginkan dengan serta merta.

Selain itu, ia juga dapat membuatkan page anda memperolehi green badge dari Facebook, menandakan Fb page anda bertaraf “sangat responsif”. Jadi, lebih ramai orang akan tertarik untuk menghantar mesej kepada anda. Sekaligus, menjadikan inbox page anda sebagai satu corong jualan automatik yang membolehkan anda menghasilkan lebih banyak jualan untuk bisnes anda. 

Pengguna yang PM page anda juga tidak perlu menunggu sehingga waktu perniagaan untuk mendapat layanan dari anda. Chatbot akan memberikan maklumat yang mereka perlukan dengan segera, bermakna Chatbot akan buat closing sales untuk anda tanpa mengira masa. Anda tengah tidur pun ada sales masuk.

3. Tingkatkan pulangan anda untuk perbelanjaan iklan. Metrik seperti cost per click dan cost per conversion cenderung untuk menurun apabila sesuatu perniagaan menukar destinasi Fb ads mereka dari website kepada messenger. Berbanding iklan yang mengarahkan prospek ke landing page, iklan ke messenger tidak memerlukan prospek untuk keluar dari Facebook. 

Jadi, ianya lebih memudahkan mereka sebenarnya kerana tak perlu tunggu lama untuk loading website. Kami ambil satu contoh kejayaan dari sebuah syarikat kosmestik yang berpangkalan di Taiwan, mereka berjaya mengurangkan separuh dari cost per conversion, dari $8 kepada $4, dengan menggunakan iklan click to messenger ni.

4. Tukar mereka yang komen di post page menjadi subcriber Chatbot. Tanpa Chatbot, tiada jalan mudah untuk mengumpul data dan menghubungi semula  mereka yang komen di post dalam Facebook page anda. Dengan Chatbot, menggunakan Chatfuel khususnya, anda boleh setup ciri ini untuk menukar mereka yang meninggalkan komen tadi kepada subscriber Chatbot anda dalam beberapa minit sahaja. Dalam masa yang singkat, secara automatik anda berpeluang untuk menukarkan mereka ini menjadi pembeli. 

5. Capture leads dengan hanya 1 klik. Kaedah tradisional untuk generate leads seperti senarai email, adalah dengan menggunakan website form yang menuntut masa dan usaha untuk pengguna mengisinya secara manual. Dengan Chatbot, proses ini boleh di buat  dengan hanya 1 klik sahaja. Ini kerana, Chatbot anda telah mempunyai akses kepada data pengguna yang ada pada profil Facebook mereka; ia hanya perlu meminta kebenaran untuk mengaksesnya. 

Dari sana, anda boleh menggunakan ciri yang telah di sediakan oleh platform chatbot. Chatfuel contohnya, ada menyediakan  plugin seperti “one-click-email dan user phone” untuk mengumpul maklumat ini, anda hanya minta pengguna untuk klik pada satu butang sahaja. Cara ini ternyata lebih mudah dan berkesan terutama bagi anda yang berusaha untuk tingkatkan lead generation bagi bisnes anda.

6. Mencapai open rate & click through rate (CTR) yang tinggi berbanding email. Ini adalah dua statistik tentang chatbot: Ia menunjukkan 80% open rate berbanding email, hanya 20%. Manakala untuk CTR, Chatbot memberikan kadar 20% berbanding 2% untuk email. Jadi, anda boleh bayangkan apa yang boleh dilakukan oleh Chatbot ni untuk kemajuan bisnes anda! Apabila anda set Chatbot anda untuk hantar mesej kepada subscriber, dulu di panggil sebagai broadcast mesej, sekarang lebih di kenali sebagai mesej Re-Engage, ini lah result yang anda boleh harapkan untuk diperoleh. 

Kenapa? sebab Messenger adalah satu ruangan yang biasanya di gunakan oleh pengguna untuk berborak dengan keluarga dan kenalan mereka. Tiada junk folder, mesej yang pendek dan ringkas, menjadikan ianya ruangan chatting yang lebih menarik dan menyeronokkan.

7. Kurangkan kos operasi anda. Terdapat sesetengah interaksi pelanggan yang anda boleh arahkan Chatbot untuk uruskannya secara automatik. Bagi menghasilkan jualan, perkara utama yang perlu anda titik beratkan ialah kualiti leads. Untuk itu, anda boleh gunakan Chatbot untuk menapis prospek dan hanya mengarahkan prospek yang betul-betul “Nak” produk atau servis anda sahaja kepada team sales untuk proses closing. 

Dengan ini, anda tak perlu hire staff sales yang ramai bagi menampung jumlah leads yang banyak, sedangkan kebanyakkan dari leads tersebut tak boleh convert pun. Hal ini bukan sahaja dapat mengurangkan kos operasi anda dengan ketara, malah ia juga boleh membuatkan jualan bisnes anda mencanak naik.

8. Kembangkan senarai pengikut bisnes anda dengan cepat. Terdapat pelbagai pilihan platform yang anda boleh gunakan untuk bina Chatbot, tak perlu labur hingga ribuan ringgit pun. Salah satu platform yang mudah di gunakan ialah Chatfuel – tak perlu tahu coding. Proses prototaip dan setup chatbot untuk bisnes anda boleh di siapkan dalam tempoh kurang daripada satu hari. Jadi, akan boleh mula bina senarai pelanggan anda dengan kadar segera.

9. Integrasi dengan ribuan third party servis. Sekiranya anda menganggap Chatbot hanya boleh menghantar teks mesej dan gambar, anda silap! Platform Chatbot seperti Chatfuel membolehkan anda mengintegrasikan semua jenis perisian dengan Chatbot anda, jadi urusan bisnes anda akan lebih mudah dan lancar. Sebagai contoh, anda boleh integrasikan Chatbot anda dengan Microsoft Excel, untuk menyimpan database pelanggan (tak perlu key in satu persatu) dan juga dengan Telegram, untuk pembahagian leads kepada team sales (tak perlu copy paste satu persatu no.telefon prospek). 

Jika anda gunakan Shopify untuk bisnes ecommerce, anda boleh gunakan Chatbot untuk menghantar mesej bagi mengingatkan mereka tentang bayaran atau order yang belum di selesaikan. Pengguna lebih cenderung untuk melihat dan membaca mesej seperti ini berbanding jika menerima mesej yang sama melalui email.

10. Berikan prospek dan pelanggan anda servis yang terbaik. Berhenti buat prospek dan pelanggan anda rasa bosan dengan email marketing yang panjang dan penuh dengan teks. Menggunakan Chatbot, mesej anda lebih ringkas. Anda juga boleh tambahkan sentuhan menarik seperti Emoji dan GIFs dalam mesej Chatbot. Selain itu, anda juga boleh sesuaikan mesej-mesej Chatbot anda dengan maklumat peribadi prospek atau pelanggan seperti nama atau jantina untuk lebih menarik perhatian. Jadi, memang tidak dapat di nafikan lagi, membaca mesej dalam Messenger lebih menyeronokkan berbanding email yang statik dan panjang.

google ads banner chatbot
Klik Sini Untuk Info Lanjut >>

Jadi bagaimana, selepas mengetahui kesemua 10 sebab ini, tidak kah anda merasa rugi jika anda tidak mula menggunakan Chatbot sebagai salah satu alat untuk strategi pemasaran bisnes anda harini? Tak perlu tahu coding, tak perlu cekap IT, dan tak perlu labur ribuan ringgit upah developer untuk bermula. Setup sendiri jer Chatbot untuk bisnes anda!

Nak Info Menarik & Tips Lagi pada masa akan datang? Jom daftar di sini..
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
google ads banner chatbot 2
Klik Sini Untuk Info Lanjut >>
Scroll to Top