Tools for Google Marketing

5 Tools Percuma Bagi Mendapatkan Idea Dan Buat Kajian Keyword Untuk Kempen Google Marketing

Google Marketing atau pemasaran di Google merupakan satu kaedah untuk memasarkan produk ataupun servis anda menggunakan platform Google. Untuk pengetahuan anda, pasaran Google ni sangat luas. 

Anda silap jika anda fikir, Google marketing ni hanya tertumpu pada enjin carian Google sahaja, sebab ianya jauh lebih BESAR dari itu. Bahkan pemasaran anda boleh capai sehingga 90% pengguna internet di dunia.

Ini kerana, pasaran anda bukan sahaja meliputi enjin carian Google yang mendapat 3.5 billion carian dalam sehari, malah meliputi juga Youtube, Google Maps dan berjuta lagi website lain. Di Youtube sahaja, sebanyak 5 billion video ditonton sehari.

Melalui Google marketing ni juga, anda boleh sasarkan produk atau servis anda kepada pasaran dalam dan luar negara, malah 1 dunia pun boleh.

Hasil pun lebih cepat anda peroleh jika nak di bandingkan dengan teknik pemasaran lain, terutamanya dengan penggunaan keyword yang tepat dan di sasarkan juga kepada pelanggan yang tepat. Sebagai contoh, anda upload video marketing di Youtube, dalam beberapa minit je ianya boleh di cari dan di tonton oleh pelanggan sasaran anda.

Pemilihan keyword atau katakunci yang tepat sangat penting kerana selain mempengaruhi kadar klik dan “conversion”, ianya juga akan mempengaruhi kos Google Ads. Lagi tepat keyword yang anda gunakan, lagi murah kos iklan.

Keyword yang tepat juga akan menentukan hasil pelanggan yang anda perolehi. Lagi tepat keyword, lagi targeted pelanggan yang akan anda peroleh. Jadi, jualan pun lebih mudah terhasil. Bukan itu sahaja, ia juga akan menentukan jenis pelanggan anda samada sekadar survey, berminat atau memang terdesak nak beli. 

Cara paling MUDAH mencari keyword? Fikir apa yang pengguna akan cari di Google.

Bagaimana nak mula cari keyword Untuk Google Marketing?

Cara paling mudah, mula dengan anggap diri anda sebagai bakal pelanggan. Tanya pada diri anda, apa yang anda akan taip di Google jika anda ingin mencari produk atau servis yang anda tawarkan sekarang.

Cara lain yang anda boleh guna ialah dengan bertanya kepada pelanggan anda yang sedia ada, apa yang mereka akan taip jika nak mencari produk atau servis seperti anda.

Jika anda menyediakan perkhidmatan kereta sewa di Johor Bahru contohnya, anda boleh menggunakan keywords seperti:

  • kereta sewa johor bahru
  • kereta sewa johor bahru murah
  • kereta sewa johor bahru 2019
  • kereta sewa johor bahru airport
Macam mana nak dapatkan senarai keyword ni?

Baiklah, di bawah ni kami senaraikan beberapa tools yang boleh anda gunakan untuk mencari keyword secara percuma.

1. Google AutoComplete. Klik ke www.google.com.my dan taip perkataan atau keyword yang anda nak cari. Senarai cadangan keyword yang relevan dan berkaitan akan di paparkan kepada anda. Keyword yang anda perolehi ni adalah keyword yang terkini dan popular kerana mengikut Google, paparan pada Google AutoComplete ni akan berubah mengikut beberapa faktor antaranya populariti dan terkini.

2. UberSuggest. Layari website https://neilpatel.com/ubersuggest/

Masukkan keyword dan pilih bahasa lokasi. Anda di ingatkan untuk berhati-hati dalam memilih keyword kerana biasanya akan terdapat banyak keyword cadangan yang terpesong dan tersasar jauh dari keyword sepatutnya.

3. KeywordTool.io. Ianya boleh digunakan secara percuma dan juga berbayar. Anda hanya perlu layari website https://keywordtool.io, masukkan keyword cadangan, kemudian pilih bahasa dan lokasi, dan tekan search. Tool ini tidak menunjukkan data penuh dan meminta anda upgrade ke pro untuk akses data sepenuhnya. Namun, untuk permulaan, keyword yang dipaparkan secara percuma sudah memadai untuk anda mulakan kempen google marketing anda.

4. KWFinder. Anda boleh gunakan tools ini secara percuma mahupun berbayar. Layari https://kwfinder.com/. Masukkan keyword cadangan, kemudian pilih lokasi serta bahasa sebelum tekan “Find Keywords”. Pastikan anda hanya pilih keyword yang yang berkaitan produk atau servis anda sahaja.

5. Keyword Planner. Ianya 100% percuma. Layari jer https://ads.google.com/. Klik pada Tools > Planning > Keyword Planner. Klik “Find Keywords” dan taip keyword cadangan, kemudian tekan “Enter” dan klik “Get Started”. Pilih dari senarai keyword relevan yang di paparkan.

Selepas baca kesemua info di atas, anda pasti tertanya, bagaimana nak buat pemasaran di Google ni sebenarnya? Baiklah. Sama seperti Facebook, Google juga ada menawarkan satu servis pengiklanan untuk memaparkan iklan anda di web Google dan juga web publisher. Servis ini di panggil Google Ads (nama lama Google Adwords). 

Google Ads ini merangkumi iklan berbentuk teks, imej, video, mobile apps dan shopping. Iklan berbentuk teks akan di paparkan di enjin carian Google (Google Search Network). Jika anda search tentang sesuatu perkara di Google, kemudian anda lihat ada hasil carian yang mempunyai tulisan “Ad”, itulah pengiklanan berbayar yang menggunakan Google Ads.

Iklan berbentuk imej pula akan terpapar di jutaan web “publisher” yang releven seperti web berita, harian metro atau sinar.

Manakala iklan berbentuk video pula akan terpapar pada video di Youtube dan web video yang relevan. Video iklan anda akan terpapar sebelum video atau semasa video yang ingin di tonton di tayangkan.

Untuk iklan berbentuk shopping pula akan terpapar di enjin carian Google, iaitu mengikut keyword yang relevan di cari oleh pengguna.

Iklan berbentuk mobile apps pula biasanya akan di paparkan di enjin carian Google, jutaan web “Publisher” yang berkaitan, youtube dan juga Google Playstore. Anda boleh buat iklan jenis ini untuk meningkatkan jumlah muat turun atau download sesuatu aplikasi yang anda bangunkan.

Itu sahaja perkongsian kami berkenaan Google Marketing kali ini. Di harapkan ianya dapat membuka mata anda tentang satu lagi strategi pemasaran yang ampuh dan power untuk kemajuan bisnes anda. Kebanyakan peniaga harini berlumba-lumba nak kuasai Facebook Ads mahupun Instagram Ads, tanpa mereka sedar lubuk pelanggan yang lebih besar sebenarnya adalah Google.

Mana taknya, kita sendiri pun, bila nak cari sesuatu mesti kita akan buka Google.com kan? Nak cari resipi, tempat makan, lokasi, nombor telefon, alamat, video mahupun berita, semuanya kita Google sahaja. Begitulah juga keadaannya dengan bakal pelanggan kita. Semua tertumpu pada Google, sampaikan perkataan “search” pun dah hilang dalam perbualan harian kita harini, di ganti dengan “Dah Google?”, “Cuba Google” ataupun “Alaa Google Jer Lah..”

Jadi, teramatlah rugi sekiranya anda tidak mula menguasai strategi pemasaran yang satu ini di samping Facebook Ads dan cabang marketing yang lain.

Nak Info Menarik & Tips Lagi pada masa akan datang? Jom daftar di sini..
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Scroll to Top