fbpx

2 Cara Bagaimana Chatbot Bantu Usahawan Dapatkan Pelanggan Di Facebook Dengan Mudah

Setiap pengguna Facebook yang meninggalkan komen di post page atau iklan bisnes kita, adalah merupakan satu peluang untuk kita menghasilkan jualan. Tapi, sebagai manusia biasa, kemampuan kita terbatas untuk reply satu persatu komen-komen tersebut dengan cepat dan efektif.

Sekiranya anda tidak ingin melepaskan peluang untuk menjana sales dari engagement di Facebook page bisnes anda, jemput baca perkongsian ini sampai bawah.

Tahun 2020, adalah tahun di mana anda sepatutnya tahu menggunakan dan memanfaatkan sistem Chatbot untuk meningkatkan keuntungan dan mengukuhkan bisnes anda. Sebenarnya, terdapat banyak platform yang anda boleh pilih untuk setup sistem chatbot bagi bisnes anda.

Tetapi, dalam artikel ini, kami memilih platform Chatfuel.com, kerana bagi kami ianya lebih mudah di gunakan dan senang untuk kita integrate dengan medium lain seperti Telegram, Microsoft Excel, Shopify dan sebagainya.

Chatfuel ada menyediakan satu fungsi yang di panggil “Acquire Users From Comments”. Fungsi ini akan trigger Messenger Chatbot untuk hantar mesej kepada orang yang komen di post iklan anda, secara automatik.

Ia akan serta merta melayani bakal pelanggan anda tadi, samada dengan memberikan Frequantly Ask Question, menawarkan diskaun ataupun tindakan lain yang boleh menarik prospek anda ke dalam corong jualan yang anda sendiri tetapkan.

Anda boleh tonton video di bawah untuk lebih jelas mengenai fungsi ni.

Demo Bagaimana Layanan Chatbot Bila Orang Tinggalkan Komen Di Post Iklan Facebook Page

Untuk mula menghantar warm leads (orang yang belum kenal produk/bisnes anda) dari post iklan ke messenger chatbot, anda hanya perlukan beberapa langkah mudah.

 

Bagaimana Nak Set Up Fungsi Ini Menggunakan Chatfuel?

Beberapa minit jer di perlukan! Anda hanya perlu tentukan 2 perkara berikut:

  1. Anda nak apply dekat post iklan yang mana satu? Adakah anda nak chatbot mesej prospek yang komen di post iklan tertentu, seperti iklan yang anda buat untuk spesial kempen atau pengumuman istimewa? Atau anda nak fungsi ini di guna pakai untuk semua post yang ada dalam Facebook page anda? (Pilihan kedua ni biasanya senang orang nak SPAM, jadi berhati-hati).
  2. Anda nak ianya berfungsi ke atas komen yang mana? Anda boleh set untuk chatbot mesej pada semua orang yang komen, atau hanya mesej pada orang yang komen dengan keyword atau frasa tertentu sahaja seperti “Pm”, ” Saya Nak”, “Minat” dan sebagainya.
Anda boleh set chatbot untuk respon pada semua komen di post iklan, atau hanya mereka yang komen dengan keyword/frasa yang anda tetapkan

Selepas itu, anda hanya perlu sediakan mesej yang anda nak chatbot berikan kepada orang yang komen di post anda. Pastikan mesej anda menarik supaya mereka akan respon balas. Sebabnya, bila mereka berikan balasan, mereka akan terus menjadi subscriber chatbot anda. Ini membolehkan anda untuk menghubungi mereka lagi pada masa akan datang. 

Anda juga boleh set mesej lain untuk di berikan oleh chatbot sebaik sahaja mereka membalas, tanpa mengira apa yang mereka katakan.

 

Perkara Lain Yang Anda Perlu Ambil Kira

Untuk setup fungsi ni menggunakan chatfuel memang mudah. Tapi, ada beberapa perkara yang anda perlu ambil kira supaya ianya dapat digunakan dengan lancar.

  • Chatbot anda perlu di setup dengan betul.  Pastikan ianya connect dengan Facebook Page anda, dan juga ianya telah di setup untuk reply mesej pada post page yang betul.
  • Elak guna ayat yang mengumpan untuk orang komen. Posting dengan ayat atau soalan yang general seperti “Adakah anda peminat susu? Reply di bahagian komen”. Ya betul, anda akan terima banyak komen, tapi tak berbaloi. Facebook akan rendahkan reach/capaian iklan anda. Cara terbaik adalah dengan buat posting yang menarik dan relevan dengan audience anda.

Selain itu, anda juga perlu tahu jenis post serta komen yang boleh dan tak boleh anda gunakan: 

  •  Hanya hubungkan dengan post yang publish di page anda. Fungsi Acquire User From Comments ini, tidak boleh di gunakan untuk post yang hanya dibuat untuk tujuan pengiklanan dan hanya wujud di Ads Manager (“Dark Post”) sahaja. Tapi, ianya boleh digunakan jika anda run iklan menggunakan salah satu posting yang ada di Facebook page anda.
  • Hanya top-level komen yang akan trigger respon dari Chatbot, bukan komen balas. Ia juga hanya berfungsi untuk original post sahaja, bukan post yang di share. Chatbot juga takkan mesej orang yang sama lebih dari sekali, tak kiralah berapa banyak komen yang mereka tinggalkan di post tersebut.
  • Stiker dan imej tak akan di kesan. Untuk memastikan mereka yang komen ini menjadi subscriber chatbot anda, interaksi pertama kedua-duanya mestilah dalam bentuk teks. Mesej pertama dari chatbot anda perlulah berbentuk teks. Begitu juga halnya dengan balasan pertama daripada prospek, mesti dalam bentuk teks. Stiker dan imej tidak akan dikira. Jadi, gunakan mesej pertama dengan sebaiknya untuk menggalakkan balasan teks daripada prospek.
banner chatbot new 1
Klik Sini Untuk Info Lanjut >>

Ciri Lain Yang Anda Boleh Gunakan

Menggunakan Chatfuel, anda boleh set chatbot untuk respon kepada mereka yang review bisnes anda di Facebook. Selagi anda “enable” setting di page bisnes anda, membenarkan pengguna meninggalkan ulasan, chatbot akan respon kepada sesiapa sahaja yang mengemukakannya.

  •  Untuk Ulasan Positif. Chatbot boleh serta merta mesej pelanggan dengan ucapan terima kasih atas feedback yang di berikan. Anda juga boleh memasukkan kod diskaun dan tawaran lain untuk menunjukkan penghargaan anda. Sekali lagi, pastikan mesej pertama yang di hantar mampu menarik mereka untuk berikan respon balas, supaya mereka boleh menjadi subsciber chatbot anda.
  • Untuk Ulasan Negatif. Chatbot boleh menawarkan kod percuma atau diskaun untuk menawan semula hati mereka. Anda juga boleh sertakan sekali link whatsapp customer service anda, supaya mereka dapat “human touch” untuk selesaikan isu tersebut serta ambil tahu apa yang perlu di tambah baik.

Nak setup ciri ni mudah sahaja. Pergi ke Inbox Facebook Page anda. Cari Automated Responses, kemudian tukarkan salah satu atau kedua-dua pilihan dalam bahagian Respond To Feedback kepada aktif.

Start Jana Keuntungan Dari Engagement Di Facebook Page Anda 

Jika anda tidak menggunakan chatbot untuk bawa prospek yang tinggalkan komen di post anda masuk ke dalam corong jualan, anda mungkin kehilangan peluang untuk buat jualan. Dengan Chatfuel, anda bukan sahaja mudah untuk menggunakan ciri ni, tapi proses nak setup chatbot bagi bisnes page anda pun amat simple dan senang.

Ketahui lebih lanjut bagaimana chatbot berfungsi untuk membantu memudahkan aktiviti jualan anda dengan test DEMO CHATBOT kami. Untuk tutorial mendalam bagaimana cara nak setup sendiri chatbot di Facebook page anda menggunakan Chatfuel, boleh klik dan lawati pautan di bawah;

Anda mahu gambaran lebih jelas tentang fungsi chatbot?

Jom Test & lihat DEMO ini.
Nak Info Menarik & Tips Lagi pada masa akan datang? Jom daftar di sini..
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
banner chatbot new 3
Klik Sini Untuk Info Lanjut >>
Scroll to Top