Tentang Kami
Kisah Kami
Saya sebenarnya seorang yang sangat cintakan ilmu. Saya selalu percaya bahawa untuk berjaya, seseorang itu harus ada ilmu, tak kisahlah dalam bidang apa pun yang mereka nak ceburi.
Menyampaikan ilmu pula adalah cita-cita saya sejak dari kecil lagi. Di sebabkan itulah, saya melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat Master dalam bidang kejuruteraan Kimia di salah sebuah universiti awam negara, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai.
Alhamdulilah, berkat doa dan usaha, saya berjaya tamatkan pengajian Master pada tahun 2014. Kemudian, dapat pula tawaran kerja sebagai pensyarah di UiTM Cawangan Terengganu. Syukur Allah hadirkan satu peluang untuk saya teruskan cita-cita, walaupun hanya berstatus kontrak.
Namun, kontrak saya di tamatkan pada tahun 2016 atas sebab kuota pensyarah berstatus tetap dah mencukupi untuk menampung jumlah pelajar. Selepas berumahtangga pada tahun yang sama, saya putuskan untuk menjadi surirumah sepenuh masa sahaja.
Walaubagaimanapun, tekad untuk meneruskan cita-cita tetap ada. Jadi, saya berusaha untuk mengintai peluang perniagaan dengan niat ingin menjual buku secara online. Dalam usaha itulah, saya menemui satu kaedah jualan buku yang lebih interaktif dan memudahkan iaitu eletronik book atau lebih dikenali sebagai ebook.
Akan tetapi, saya sedar untuk memulakan bisnes apa pun, perlu dengan ilmu. Dari situlah saya mula membeli pelbagai ebook panduan berkenaan strategi marketing, closing sales dan sebagainya. Setiap kali beli sesuatu panduan, saya akan tulis review dan perkongsian berkenaannya di laman blog saya dan sisipkan link untuk pembelian sekiranya ada yang berminat.
Syukur alhamdulillah, saya berjaya hasilkan jualan melalui penulisan review tersebut dan menerima komisen daripada vendor. Bermula dari situlah, saya yakin untuk terus serius dalam bisnes ini dan saya tubuhkan InfoTrend Niaga.
Pada awalnya, saya hanya buka Facebook page di bawah nama InfoTrend Niaga. Namun di sebabkan sambutan yang baik, akhirnya saya mengambil keputusan untuk bangunkan website ini sendiri berpandukan modul yang kami jual sekarang.
Diharapkan website ini dapat menjadi satu platform kepada usahawan dan bakal usahawan SME di luar sana untuk mencari dan mendapatkan panduan terbaik dalam menjalankan perniagaan, khususnya buat mereka yang tiada masa dan bajet untuk hadiri kelas mahupun seminar.
Pesanan saya, teruskanlah cari ilmu, berniaga biar dengan ilmu dan usah kedekut untuk ilmu.
Wajah Di Sebalik Kejayaan

Khalisah
Sales Team

Shafarina
Sales Team

Nurul Akhma
Sales Team

Noor Aini
Sales Team
