[1] Pilih satu program affiliate marketing.
Kebetulan, sekarang kami ada offer affiliate program. Pendaftaran adalah percuma. Jika anda serius berminat untuk cuba menjana pendapatan sebagai ejen affiliate, boleh klik sini dan sertai kami!
[2] Daftar masuk dalam program tersebut dan pilih produk untuk dipromosikan. Jangan lupa untuk pilih payment method dan isikan maklumat bank anda, untuk memudahkan urusan pembayaran komisen nanti.
[3] Dapatkan link yang mengandungi code komisen affiliate anda.
[4] Vendor akan menggunakan link affiliate anda tadi untuk mengesan jualan yang terhasil dan membayar komisen anda.
Ada banyak sebenarnya kaedah dan strategi berkesan yang boleh anda sebagai ejen affiliate gunakan, bagi tujuan mempromosikan produk affiliate ni. Untuk memudahkan anda memahami dengan lebih terperinci, boleh dapatkan panduan dengan percuma DI SINI.
..
Apa Kelebihan Jadi Ejen Affiliate?
Sebenarnya, setiap bisnes ada kelebihan masing-masing. Namun untuk bisnes affiliate ni, kelebihan utamanya adalah:
(1) Anda tak perlu ada modal yang besar untuk bermula. Sebabnya, anda tak perlu keluarkan pelaburan untuk hasilkan produk sendiri untuk di jual, yang mana belum tentu laku dan beri untung.
(2) Sebagai ejen affiliate, anda boleh cipta steady flow income (pendapatan pasif), tak perlu hadap handphone 24 jam sehari, 7 hari seminggu untuk dapatkan jualan.
(3) Anda tak perlu jual apa-apa pun sebenarnya. Tugas anda hanyalah sediakan konten yang bagus dan menarik (artikel, blog, fb status, ig story, etc), serta review produk affiliate tersebut berdasarkan pengalaman anda sendiri agar nampak lebih realistik.
Di awal penglibatan anda sebagai ejen affiliate, memang anda perlu korbankan sedikit masa dan berusaha keras untuk mempromosikan tawaran yang berkaitan dan juga melayani bakal pelanggan anda.
Namun, bila anda dah ada pengikut atau follower yang ramai, di tambah pula dengan sistem dan strategi pemasaran yang betul, anda akan mula rasai nikmatnya ada pendapatan secara pasif dan kebebasan masa dalam berbisnes.
Anda Takkan Tahu Selagi Anda Tak Mencubanya Sendiri! Semoga bermanfaat dan all the best! 😘