Bagaimana Surirumah Ini Berjaya Jana Pendapatan Bulanan Secara Pasif Di Internet Tanpa Jual Produk Sendiri

 
Tahun 2016 adalah tahun yang penuh dengan suka duka dan ujian.
 
Selepas saya tamat pengajian Master dalam bidang Kejuruteraan Kimia di Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 2014, saya berusaha keras untuk dapatkan kerja. 
 
Yelah, orang dah habis belajar takkan nak harapkan duit mak ayah lagi, malu lah jugak kan. 😊
 
So, lepas dah submit resume sana sini, dapatlah offer sebagai pensyarah di salah sebuah UiTM cawangan Terengganu, secara kontrak ikut semester.
 
Selepas setahun bekerja, hati terpaut pada seorang pensyarah mekanikal. Beliau pun  berjawatan kontrak juga. Tapi, masih dalam pengajian peringkat Master.
 
Kumpul duit kahwin dengan berniaga kerepek paket RM1, letak di asrama pelajar. Jual motorsikal juga. Duit gaji, buat tampung yuran Master. Alhamdulillah, berjaya juga si dia tamatkan pengajian dan kami terus melangsungkan perkahwinan.
 
Selepas sebulan berkahwin, kontrak kami berdua di tamatkan terus. Sebabnya, jumlah pensyarah berjawatan tetap sudah cukup untuk menampung jumlah pelajar waktu itu.
 
Jadi, bermula lah ujian buat kami suami isteri. Malu tu memang lah malu, sebab terpaksa menumpang rumah mak ayah dan makan minum apa yang ada. Duit simpanan yang berbaki, kami guna untuk bayar komitmen bulanan kereta suami dan kos pergi interview sana sini.
 
Hampir 6 bulan menganggur, akhirnya suami berjaya dapat kerja di Pulau Pinang sebagai jurutera. Jadi, kami berpindah ke utara tanah air dengan berbekalkan lebihan duit simpanan yang ada sahaja. Untuk bayar deposit rumah sewa, beli keperluan dapur, dan sebagainya. 
 
Semua kembali normal dan tenang selepas 3 bulan, suami pun dah ada gaji. Sebelum tu memang mencabar. Maklum lah, hidup di negeri orang dan jauh dari keluarga. 
 
Saya pada masa itu, dah mula rasa bosan duduk rumah sorang-sorang. Makan tidur besarkan badan. Tambah pula rasa “looser” sebab mak ayah hantar belajar tinggi-tinggi, tapi at the end, anaknya duduk memerap kat rumah harapkan duit suami.
 
Jadi, saya nekad nak ada income sendiri setiap bulan. Nak bagi pada mak ayah di kampung dan nak beli semua barang yang saya suka tanpa perlu minta duit suami.
 
Saya mula mencari peluang bisnes yang tak perlukan modal, sebab duit simpanan memang boleh kata tak ada dah masa tu. Jadi, saya cuba buat dropship. Jual handbag, jam, pakaian kanak-kanak dan sebagainya. 
 
Tapi hanya bertahan sebulan, sebab saya di sahkan mengandung dan saya jadi terlalu rimas serta stress nak layan kerenah pelanggan, layan whatsapp dan PM sampai lewat malam. Tak masuk lagi kerenah supplier yang lambat hantar barang, stok tak update, mesej tak reply dan sebagainya lah.
 
Demi kesihatan kandungan, suami nasihatkan saya berhenti dan cari bisnes yang santai dan lebih menyeronokkan. Namun, atas faktor kesihatan yang tidak begitu mengizinkan, saya tangguhkan dulu sehingga saya bersalin dan habis tempoh pantang.
 
Semasa anak saya berumur setahun, saya terjumpa artikel di Facebook tentang satu model bisnes online yang masih baru di Malaysia ni, tak ramai lagi yang buat terutamanya wanita. Bisnes tersebut ialah bisnes affiliate.
 
Secara personal, saya sangat suka dengan bisnes affiliate ini, kerana saya boleh fokus untuk melakukan marketing & sales sahaja. Manakala urusan penghantaran produk & perkhidmatan pelanggan akan dikendalikan oleh pemilik produk. Kerana tidak dinafikan, untuk melayan karenah pembeli ini, tidak semua orang mampu bersabar dan bertahan.
 
Saya pilih untuk jual produk digital seperti ebook, video tutorial, online course dan sebagainya, kerana komisen yang lebih besar iaitu sehingga 50%. Berbanding produk fizikal, komisen yang di tawarkan biasanya cuma 10%.
 
Apa yang saya buat pada masa tu ialah cari platform yang menyediakan produk-produk digital ini dan menawarkan program affiliate, contohnya seperti Jualan Pro Affiliate Program. Ada banyak lagi, tapi saya hanya fokus kepada pasaran Malaysia dan produk berkaitan bisnes sahaja dulu.

Untuk memudahkan pemahaman anda, ini contoh produk digital yang saya jual. Jualan produk ini lah yang telah membantu saya sebelum ini menghasilkan income RM3000 lebih dalam tempoh kurang 3 bulan, iaitu hanya melalui Bisnes Affiliate ini sahaja.
 
Ebook Bisnes Shopee
 
Ini produk digital. Pembeli boleh baca melalui laptop/smartphone. Atau jika nak print, pun boleh.
 
 
Owner jual dengan harga RM100.
Komisyen RM50.
Bayangkan berapa banyak keuntungan yang anda boleh buat dengan menjual produk affiliate sebegini. Itu baru komisyen untuk satu produk, belum kira komisyen produk lain lagi.
Lihat, income saya dengan mempromosikan beberapa produk affiliate, saya berjaya hasilkan lebih RM1,029 jualan dalam tempoh sebulan:
 
 

Hampir setiap hari ada jualan masuk, walaupun saya hanya buat promosi secara santai sahaja, disebabkan kekangan masa sebagai ibu kepada anak yang masih kecil dan perlukan perhatian lebih.

 
 
Ada rakan affiliate lain yang konsisten buat promosi, berjaya jana komisen sehingga RM12,000 sebulan.
 
Tapi alhamdulillah, untuk 3 bulan berturut-turut, saya masih berjaya tersenarai dalam top 10 affiliate, berdasarkan jumlah komisen tertinggi.
 
Januari 2019
 
 
Disember 2018
 
 
November 2018
 
 
Hasil profit dari 1 akaun ini saja ialah RM3,088. Belum termasuk sekali dengan hasil dari produk-produk affiliate yang lain.
 
 
Di atas ini adalah contoh profit dari akaun affiliate saya yang lain. Jualan untuk produk online course berkenaan photoshop & video editing. 
 
Dan di bawah ini pula ialah akaun affiliate saya yang terbaru, Sistem Jualan Pro. Alhamdulillah, join tak sampai 3 minggu, dah berjaya buat 3 jualan. Satu program affiliate yang unik, berbeza dengan program affiliate lain yang pernah saya sertai. Senang cakap, mudah buat duit kat sini. Hehe.
 
 
Biasanya, komisyen akan di bayar oleh owner seminggu sekali atau dua minggu sekali. Dan ada juga yang sebulan sekali. Ia akan terus masuk ke akaun bank kita.
 
So, hajat saya untuk ada income sendiri setiap bulan dah tercapai. Jana pendapatan guna handphone, secara santai dari rumah sahaja. Alhamdulillah.
 
Tapi, saya tahu kat luar sana ada ramai lagi yang tertekan dengan masalah kewangan dan harga barang yang semakin melambung tak pernah turun. Peluang kerja pun susah nak dapat. 
 
Ada juga yang whatsapp saya secara personal bertanyakan bagaimana nak jana pendapatan guna ebook. Sebab itulah, saya spend masa saya untuk tulis dan buat artikel ni.
 
 
Saya akui yang saya masih baru, dan ramai lagi yang punya pencapaian lebih cemerlang sebagai affiliate. Tapi niat saya cuma satu, ingin berkongsi apa yang saya dah buat dan ada hasilnya. 
 
Jadi, besar harapan saya dengan perkongsikan ini akan membuka minda anda untuk ceburi bisnes affiliate hari ini, dan mula jana komisen yang lebih lumayan lagi dari saya.
 
So, inilah yang saya buat untuk dapatkan sedikit income secara pasif dari bisnes affiliate ni.
 
Let’s get started!
 
Langkah #1:
 
Buat promosi melalui Facebook. Saya tak menjual di FB Personal, saya create Facebook page saya sendiri. Apa yang penting ialah anda perlu gunakan ayat copywriting dan gambar yang sesuai untuk menarik minat orang membeli produk tersebut.
 
Lihat contoh di bawah:
 
 
Langkah #2:
 
Saya guna Facebook Ads supaya promosi saya lebih meluas. Saya boleh target lebih ramai prospek untuk melihat promosi saya.
 
Saya tak spend banyak pun sebab saya tak punya modal yang besar. Bajet iklan saya, cuma RM10 sahaja sehari.
 
Bagi saya, kualiti lebih penting berbanding kuantiti. Lebih besar bajet anda, lebih banyak lead yang anda akan dapat. Dan saya tak punya banyak masa untuk melayani prospek. Jadi, terpulang pada kemampuan anda.
 
Langkah #3:
 
Jika anda ingin kepantasan untuk berjaya, belajarlah dari orang yang dah pernah lalui jalan yang anda nak tempuh.
 
Saya banyak mengikuti perkongsian dan beli panduan dari sifu affiliate method, iaitu tuan Rahman Basri. Beliau merupakan salah seorang otai dalam affiliate marketing ni dan selalu jadi top 1 seller dalam mana-mana cabaran affiliate yang beliau sertai.
 
 
Untuk membantu anda memahami dengan mudah bagaimana untuk memulakan bisnes affiliate ni, anda boleh lah dapatkan panduan PERCUMA yang di sediakan oleh Tuan Rahman Basri ni dahulu, sebagai permulaan. 
 
Pada yang berminat, anda cuma perlu klik butang di bawah ni. Rebut lah peluang ni selagi ada. Nak bisnes pastikan dengan ilmu, baru ada hasil. All the best!
 
Klik butang di atas jika anda berminat untuk belajar bagaimana untuk menjual dan menjana pendapatan sebagai ejen affiliate dengan lebih terperinci. 
 
Tuan Rahman basri ada sediakan satu panduan PERCUMA untuk newbie tentang langkah bagaimana bina sistem yang boleh bantu anda jana pendapatan pasif dengan bisnes affiliate.
 
Anda hanya perlu follow langkah demi langkah, kerana semuanya ada diterangkan secara praktikal. Insyaallah mudah faham di samping ia adalah proven case study dan easy friendly! Contoh produk affiliate untuk anda promosikan pun ada diberikan.
Scroll to Top