Nak Buat Facebook Ads? 6 Perkara Ni Anda WAJIB Tahu

Kebelakangan ni, makin ramai peniaga online yang mula berminat untuk menjalankan pengiklanan berbayar di Facebook.

Biasanya kita sebut Facebook Ads.

Kalau sebelum ni, stokis atau agent je yang berani mencuba, tapi sekarang dropshipper pun dah mula menunjukkan minat.

APA FACEBOOK ADS NI SEBENARNYA?

Facebook ads ni ialah salah satu kaedah pengiklanan yang disediakan oleh pihak Facebook, khas untuk peniaga online.

Ia adalah pengiklanan berbayar.

Jadi, kita perlu menyediakan sejumlah wang sebagai bajet untuk menjalankan Facebook ads ni.

Minimum bajet yang boleh kita letak untuk menjalankan Facebook ads ni adalah RM5 sehari.

BAGAIMANA NAK BUAT FACEBOOK ADS NI?

Sekiranya anda berminat nak tahu step asas untuk setting Facebook ads ni, boleh download panduan percuma disini.

Panduan ni hanya tunjuk bahagian teknikal dalam membuat Facebook ads.

Dimana setting/teknikal part ni hanya menyumbang 20% untuk kejayaan kempen Facebook ads anda.

Sebenarnya, ada perkara yang lebih penting yang anda kena tahu untuk menjayakan pengiklanan melalui Facebook ads ni.

APA YANG ANDA HARUS TAHU SEBELUM BUAT FACEBOOK ADS?

Saya tahu, anda pasti teruja nak buat Facebook ads lepas dapat panduan tadi, kan?

Sabar!

Lebih baik anda semak perkara-perkara yang saya senaraikan di bawah terlebih dahulu.

Sekurang-kurangnya anda tidak tertipu dengan indahnya bayangan sales masuk berkepuk-kepuk lepas ni.

Betul kan? Itu yang anda sedang fikir, kan?. Takpe, sebab saya sebelum ni pun, sama je macam anda. 

Jom kita semak perkara-perkara ni dulu :

1-Margin Keuntungan Minimum RM20

Ya, jika anda nak jalankan Facebook ads, sebaiknya keuntungan yang anda dapat dari jualan 1 unit produk anda adalah RM20, minimum.

Insha Allah, lebih berbaloi untuk keluarkan kos buat Facebook ads ni.

Sebagai contoh, anda letak RM10 sebagai bajet harian untuk Facebook ads. 

Sekiranya hanya terjual 1 unit sahaja produk anda pada hari tersebut pun, anda tetap dapat semula modal iklan anda.

Dalam masa sama, anda juga dapat keuntungan dari iklan sebanyak RM10.

Bayangkan jika margin keuntungan produk jualan anda di bawah RM10. Takde untung kan?

2-Facebook Ads Bukan Mesin Duit

Haa! Kenapa saya kata Facebook ads ni bukan mesin duit?

Sebab, kebanyakan dari kita, bila dah labur duit untuk iklan RM10 sehari. Sebolehnya nak kan pulangan RM1,000 atau lebih.

Mana mau nya teman-teman.

Tak semestinya kita labur banyak untuk Facebook ads, kita akan dapat jualan yang banyak juga.

Itu! Anda kena tahu dan faham.

Habis tu, ada je yang buat beratus ribu jualan dengan Facebook ads ni, kan?. Komen pun banyak je dekat iklan dia. 

Saya nak macam tu lah!

Sabar! Jom baca lagi perkara seterusnya. 

3-Facebook Ads Ni Subjektif

Betul! Kadang kita tengok iklan sponsored orang lain yang jual produk sama macam kita, lalu dekat newsfeed Facebook kita.

Banyak giler komen. PM..PM..PM! 

Kita pun tiru. Pakai gambar sama macam dia. Kalau video pun, guna yang sama.

Iyelah, dah HQ yang bagi kan. Sama je lah semua.

Siap skodeng ni dia pakai interest ape untuk target audience. Tiru! Kasi sama beb!

Habis RM10, iklan krik krik! Jangan kata komen, yang whatsapp pun takde!

Anda jangan pelik. Ini memang boleh terjadi. Sebab Facebook ads ni subjektif.

Anda kena kreatif, kena ada strategi yang betul, kena belajar cara tulis ayat iklan yang convert.

Tapi, yang paling penting, anda kena tahu perkara seterusnya ni.

4-WAJIB Kenal Siapa Bakal Pelanggan Anda

Anda kena tahu siapa mereka, lelaki atau perempuan. Umur berapa, tinggal di mana, kerja apa, suka lepak di mana, apa hobi mereka dan banyak lagi lah.

Biasanya sifu-sifu marketing panggil sebagai customer avatar atau customer persona.

Kenapa iklan pesaing anda tadi banyak komen? Bila anda tiru, tak ada respon.

Sebab pesaing anda tahu siapa yang dia sedang target sebagai bakal pelanggan.

Gambar atau video bagaimana yang boleh buat mereka berhenti skroll newsfeed Facebook mereka tu.

Ayat iklan macam mana yang mereka suka baca dan bertindak untuk komen sebagainya.

5-Sediakan Stok Gambar/Video  Yang Menarik

Selalunya, memang ramai yang tak ambil kisah pasal video atau gambar sebagai bahan iklan ni.

Main letak atau guna je apa-apa gambar pun. 

Padahal anda kena tahu, Facebook adalah satu tempat yang sangat bising dan sibuk, macam pasar.

Hanya gambar atau video yang menarik dan gempak sahaja, yang mampu buat bakal pelanggan anda berhenti dan tengok iklan anda.

Baru tengok ye, baca belum tentu lagi. Kalau dah baca pun, tak semestinya mereka akan komen atau klik link whatsapp anda tu.

6-Baca Dan Fahamkan Polisi Pengiklanan Di Facebook

Cuba bayangkan, kita ada satu kawasan yang disewakan sebagai tapak niaga.

Segala peraturan kita dah bagitahu sebelum setuju untuk menyewa.

Kemudian, peniaga masuk dan niaga ikut suka hati, asalkan dapat jual, sales berkepuk.

Segala peraturan kita, dia letak tepi, tak nak ambik tahu pun. Apa tindakan kita sebagai tuan tanah?

Sama juga lah bila kita nak beriklan menggunakan Facebook ads. Pihak Facebook dah ada tetapkan polisi mereka.

Kita sebagai pengiklan, WAJIB tahu dan akur dengan syarat-syarat tuan tanah (Facebook) ni.

INGAT! Facebook ialah tempat kita semua bersosial, bukan tempat kita berjual beli seperti di Shopee.

Baca dan fahamkan POLISI PENGIKLANAN FACEBOOK ni.

Jadi, sebenarnya nak buat Facebook ads ni bukan lah sekadar main buat sahaja.

Ada banyak perkara yang anda perlu ambil tahu, supaya bajet yang anda ada untuk pengiklanan tak akan hangus begitu sahaja.

Semua yang saya senaraikan di atas adalah dari pengalaman sendiri dan dari pembelajaran dengan guru-guru Facebook ads juga.

Sampai di sini sahaja perkongsian saya kali ini. Terima kasih buat anda yang sudi baca sampai habis.

Satu pesanan saya, jangan terpedaya dengan keindahan yang di hebohkan tentang Facebook ads.

Pastikan anda selidik dulu. Cari Ilmu sebanyak mungkin tentangnya, insha Allah duit anda selamat.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda. 😃

Scroll to Top