Cara bayar Facebook Ads ni ada banyak sebenarnya. Kita boleh lihat di bahagian “billing”, dalam ads akaun.
Cuma dalam artikel ni, saya fokus hanya pada bayaran secara topup.
Sebab apa?
Pertama, ramai yang mengadu tak dapat guna lagi dah debit kad maybank dan cimb untuk bayar Facebook Ads.
Kedua, saya tengok ramai yang baru nak berjinak-jinak dengan Facebook Ads, suka sangat menggunakan kaedah topup ni.
Tapi topup terus dalam ads akaun. Bahaya tuan puan!
RISIKO BAYAR FACEBOOK ADS SECARA DIRECT TOPUP
Bayangkan, kita dah topup RM 1,000 siap-siap dalam ads akaun untuk mula beriklan.
Tiba-tiba,
Selepas 2 atau 3 hari, ads akaun kita di bekukan atau istilah sebenarnya “disabled” atas kesalahan polisi dan sebagainya.
Baki duit masih ada lagi dalam RM 800, sebagai contoh. Apa jadi? Boleh mintak refund ke?
Tak boleh tuan puan. Ianya akan hangus begitu sahaja.
Itu adalah risikonya.
Nak guna topup jugak? Baik, jangan risau.
Ada kaedah selamat yang boleh kita gunakan untuk bayar Facebook Ads secara topup ni.
CARA SELAMAT TOPUP FACEBOOK ADS
Ya..Ada 2 cara yang kita boleh guna.
Saya sendiri dah cuba. Jangan risau, memang selamat!
Caranya adalah dengan menggunakan kad prepaid mastercard:
1. BigPay
2. CimbLazada
Saya akan terangkan step by step cara untuk mendapatkan kedua-dua jenis kad prepaid ini.
Perlu ada kedua-duanya ke?
Tak! Mohon salah satu sahaja. Ikut cara yang saya terangkan selepas ini.
CARA DAFTAR BIGPAY AIR ASIA
1-Muat turun aplikasi BigPay di Apps Store atau Google Play

2-Buka Aplikasi dan tekan butang sign up.

3-Pilih negara tempat tinggal anda.

4-Pilih kod negara untuk nombor telefon anda. Contoh, +60 untuk warganegara Malaysia.
5-Masukkan nombor telefon anda yang masih aktif.
6-Tekan butang Send Code. Kod enam angka akan dihantar ke telefon anda melalui SMS.

7-Masukkan kod yang anda dapat di ruangan di bawah Enter your OTP.

8-Tekan link Terms and Conditions of the BigPay Card.
9-Baca terma & syarat bagi penggunaan kad BigPay yang anda akan nanti.
10-Klik “I Accept”.

credit: https://cplbpa.wordpress.com
11-Masukkan segala maklumat yang diperlukan.
12-Jangan lupa masukkan code SZ6TPMVI8E untuk dapatkan RM10 secara percuma!
13-Klik butang Next.

credit: https://cplbpa.wordpress.com
14-BigPay akan mintak anda snap gambar IC depan belakang dan video selfie.
15-Selesai verification, anda akan diminta untuk top up sebanyak RM20, boleh guna online banking.
15-Kemudian, tunggu kad BigPay untuk tiba ke alamat anda secara pos.

credit: https://cplbpa.wordpress.com
16-Lepas dapat kad BigPay, masuk ke ads akaun anda, pergi ke bahagian billing dan add payment method.
17-Pilih method kredit/debit card.
18-Masukkan details kad BigPay anda. Siap!

Nota: Setiap kali nak bayar Facebook Ads, topup sahaja akaun BigPay anda. Duit anda selamat walaupun jika akaun Fb ads anda di bekukan.
CARA DAFTAR KAD PREPAID CIMB LAZADA
1-Lawati website berikut > Klik Sini

2-Klik butang Apply Now.
3- Jika anda ada akaun Cimb Clicks, Klik butang “Apply now, I have a Cimb Clicks ID“
4-Kalau anda tiada Cimb Clicks, tekan “I’m new/Do not have Cimb Clicks“. Anda akan di minta untuk cipta dulu.
(Dalam artikel ni, saya anggap anda ada ID Cimb Clicks)

5-Login masuk Cimb Clicks menggunakan Username dan password anda.

6-Lengkapkan segala maklumat yang di perlukan.
7-Setelah mengemukakan permohonan, anda akan mendapat kad maya yang sedia untuk digunakan.
8-Kad fizikal akan dihantar kepada anda dalam masa dua (2) minggu dari permohonan anda.

9-Lepas terima kad, anda perlu aktifkan kad tersebut dan tukar pin anda.
Jangan risau, ikut sahaja 3 langkah yang di tunjukkan dalam surat yang dikepilkan bersama kad.

10-Kemudian, masuk ke ads akaun anda, pergi ke bahagian billing dan add payment method.
11-Pilih method kredit/debit card.
18-Masukkan details kad prabayar CIMB Lazada anda. Siap!
Nota: Setiap kali nak bayar Facebook Ads, login je guna aplikasi Cimb Clicks dan topup sahaja akaun prepaid card anda.

Topup dari akaun Cimb adalah lebih mudah dan cepat berbanding dari bank lain.
Jadi itu sahaja untuk cara bayar atau topup Facebook Ads menggunakan Mastercard.
Mudah dan yang paling penting, selamat.
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda. 😃