Kami sering mendengar keluhan daripada peniaga terutamanya yang berniaga secara atas talian tentang masalah yang sering mereka hadapi semasa buat closing sales dengan prospek.
Iklan dah berjalan lancar, ramai yang komen berminat, tapi yang membeli tak pulak ramai. Kalau 10 kata berminat, ada lah sorang dua yang membeli.
Anda pernah hadapi masalah seperti ini:
[1] Suruh PM, tapi bila PM no respon
[2] Bluetick jer
[3] Bila follow up, krik krik..
[4] Suka minta diskaun
[5] Nak bincang dengan pasangan/partner dulu
Jika Ya, teruskan bacaan. Ini kerana, kami telah sediakan tips bagaimana nak hadapi prospek sebegini dan bagaimana nak usaha tukarkan mereka jadi pembeli.
..
Suruh PM, tapi bila PM, no respon..
Okey baiklah.
Pertama, anda perlu pastikan yang prospek anda adalah targeted. Ini bertujuan untuk dapatkan prospek yang at least ‘NAK’ kan produk atau servis anda.
Contohnya, anda jual barangan atau produk bayi. Tujukan iklan anda kepada kaum ibu, yang mana lebih cenderung untuk membeli berbanding kaum bapa.
Kedua, jangan cepat mengalah. Usaha untuk tarik minat prospek untuk beri respon kepada anda. Sebagai contoh;
“Bonus harini, beli 1 kami beri percuma lagi 1. Berminat untuk dapatkan produk X ni harini puan?”
..
Prospek bluetick atau seen jer..
Masalah ini biasanya terjadi pada online seller yang buat closing melalui whatsapp. Yang mana, nombor telefon prospek di perolehi dari iklan di Facebook atau IG.
Bila anda mesej prospek di whatsapp, anda hanya dapat dua anak panah biru. Tandanya, prospek dah baca mesej anda tapi tak berikan sebarang balasan.
Baiklah. Tips untuk situasi sebegini ialah, seru prospek 3 kali, contohnya;
“Naim..”
“Naim..”
“Naim..”
Kadang prospek anda sibuk atau sedang lakukan kerja, dah baca tapi terlupa nak reply. Jadi, tugas anda untuk ingatkan mereka kembali tentang kewujudan anda.
..
Bila follow up, krik krik..
Kebanyakkan online seller tahu pentingnya untuk lakukan follow up untuk naikkan jualan. Tapi, tak ramai yang tahu cara follow up yang betul dan berkesan.
Sebab itulah, mesej follow up anda di pandang sepi oleh prospek. Harus di ingat, follow up yang berkesan ialah yang mampu menarik minat prospek untuk respon.
Antara teknik follow up yang sering kami gunakan dan efektif ialah teknik Ya/Tidak. Sebagai contoh,
“Assalamualaikum tuan/puan,
Maaf mengganggu. Saya nak tamatkan bonus BUY 1 FREE 1 ni harini. Masih berminat nak dapatkan produk X ni dengan harga RMxx? Boleh balas Ya/Tidak sahaja. TQ. ”
Sekadar contoh sahaja ya.
Terima jawapan prospek dengan lapang dada dan jangan putus asa. Jika jawapan ‘Tidak’ yang anda terima, lepaskan prospek tapi jangan di tinggalkan terus.
Awal bulan, follow up mereka dengan tawaran free gift. Tengah bulan, follow up dengan free postage. Akhir bulan pula, follow up dengan berikan tawaran diskaun harga. Ikut kemampuan dan kesesuaian bisnes anda.
..
Prospek asyik minta diskaun..
Kadangkala, kita dah offer free postage atau free gift pun, prospek tetap minta diskaun harga lagi. Betul?
Tak terlepas juga yang minta diskaun harga yang tak masuk akal. Biasalah ragam manusia dan itulah antara sepak terajang dalam bisnes. Hati harus kental.
Jadi, cadangan kami, anda boleh gunakan kaedah atau konsep rantaian harga. Sebagai contoh;
Produk X
————–
1 unit = RM60
2 unit = RM100
Jadi, sekiranya prospek mahukan diskaun RM20, mereka perlu dapatkan produk anda sebanyak 2 unit. Ini sekaligus dapat menaikkan jumlah jualan anda. Win win situation. Prospek dapat diskaun, anda dapat meroket jualan.
Jika anda mampu, tambah lagi dengan pemberian free postage. Pernah dengar quote ni? “The More You Give, The More You Get Back”. Siapa tahu di kemudian hari, mereka akan terus jadi pelanggan setia anda.
..
Nak bincang dengan pasangan atau partner dulu, kalau jadi, saya inform balik..
Ini adalah alasan paling klise. Tapi tak dinafikan, ada jer yang betul-betul kembali selepas berbincang dengan pasangan atau partner.
Jadi, tips kami untuk anda ialah tunjukkan yang anda faham mereka. Dalam masa yang sama, minta izin untuk follow up semula 1 atau 2 jam kemudian. Contohnya,
“Okey boleh, takde masalah puan. Ayah mana yang tak nak tengok anaknya sentiasa sihat dan ceria kan. Kalau puan ceritakan dengan baik manfaat produk X ni, suami puan mesti faham perasaan puan.
Saya akan follow up puan kembali lepas 1 jam nanti, boleh Ya?”
..
Alhamdulillah..
Tahniah kerana anda berjaya baca sampai di sini. Di harapkan ianya dapat membantu untuk memberikan sedikit idea kepada anda dalam menghadapu bangkangan prospek semasa proses closing sales.
Ohya, sebenarnya anda boleh dapatkan banyak lagi tips close sale ni dalam panduan seni close sale tulisan tuan Rahman Basri. Contoh skrip dan template closing sale pun ada diberikan sekali. Boleh klik butang di bawah untuk dapatkan info lengkap.